Penduduk di sekitar kawasan sekitar Kemensah Height di sini menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun beberapa penduduk di kawasan tersebut mendakwa terlihat kelibat harimau beberapa hari lalu.<br /><br />Tinjauan Astro AWANI pada Sabtu petang mendapati, kawasan yang terletak berhampiran kawasan rekreasi air terjun yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu itu tetap sibuk seperti biasa.
